
|
Welcome to Aliah's blog Fellas!
Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :) likesss♥
•i love something sweet,simple,peaceful and natural• Sight seeing 'FOLLOW' me here ! Credit Template by Maniss Picture by Mr Google Edit by Miss Bahu Kotak Header by Miss Adah |
Happy National Friendship Day! (8th August)
Isnin semalam, 8hb Ogos hari persahabatan sedunia! And I wish to all my GOOD friends who always with me through thick and thin, esp LiRaDiSya HAPPY NATIONAL FRIENDSHIP DAY!Bagi aku, ikatan persahabatan ni sangat penting. Ada kawan baik, kawan rapat atau sahabat sejati ni macam melengkapkan kehidupan kita. Kawan jugak bagi aku adalah saudara untuk aku, jadi ahli keluarga aku dan sebahagian hidup aku. Jadi aku memang suka cari kawan. Tapi aku tak pernah mengharap lebih dari kawan-kawan,cukup lah mereka ikhlas semasa dengan aku dan tak menipu. Hihihi... Andai diorang ingat aku, terima kasih. Kalau mendoakan aku, syukur Alhamdulillah, semoga Allah merahmati kehidupan kalian dan malaikat juga mendoakan kalian. LiRaDiSya yang aku sebut awal tadi tu lah kawan rapat aku sejak tadika. Hampir 16 tahun kami menjaga persahabatan ni. Walaupun pernah terpisah sekejap sebab berlainan sekolah tapi Alhamdulillah kami mampu bersatu semula. Tu lah manfaatnya apabila laman sosial dan gadget digunkan dengan cara yang baik. Hehehehe.. Demi menghargai persahabatan ni, kami pun buat perancangan sempena Hari Persahabatn Sedunia, ceewahh kami pun berkelah di pantai Teluk Batik. Sebenarnye plan bukan kesitu, nak ke Pantai Redang je, tapi Allah dah tetapkan rezeki kali ni kami ke Teluk Batik. Untuk pertama kalinya LiRaDiSya berjimba jimbu jauh sikit. Maklumlah LiRaDiSya ni anak dara sunti, takde keluar rumah jauh-jauh kalau bukan dengan family. Kami saja-saja lah plan hari bekerja sebab taknak sesak bila kat tempat camtu, dapat lah tenangkan fikiran memandangkan tak lama lagi dah nak sambung belajar. Jadi Selasa semalam, 9hb Ogos kami pun jalankan rancangan kami. Bermacam-macam lah menu kami bawa, ada spaghetti, nasi goreng, roti cheese, makan-2 ringan yang lain. Perfect lah bekalan kami. Atas kerjasama LiRaDiSya. Perut kenyang sangat. Makanan yang kami bawak pun dapat makan ulang dua kali. Tak lupa jugak kami decorate sikit tempat kami berkelah tu. Hehehe.. Colorful tempat kami, orang yang lalu lalang tempat kami tu pandang je dan diorang pun terdetik "ouhh budak-budak buat party... " hahaha Lepas makan-makan kami pun berjalan lah di pesisir pantai bergambar. Tak plan nak ke sini, takde lah bawak baju. Kalau tak boleh jugak mandi. Da lama tak kena air masin. Hehee.. Masing-masing rase rugi tak bawak baju persalinan. Tapi kaki seluar aku basah jugak lah sebab nak jugak rasa air pantai. Aku pun da lama sangat craving ke pantai. Kalau tak asyik scroll twitter tengok gambar pantai je. Hehehe.. And sebelum balik, kami pun singgah lah ke Aeon Manjung. Bawak kawan sorang tu na beli kasut gituu. Hehee kemudian mengalas perut di sana. Terima kasih kawan-kawan. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah. Insha Allah. Semoga kawan-kawan ku yang lain juga sentiasa diberkati dan di bawah lindunganNya. Aminn... LiRaDiSya "Habluminallah wa Habluminannas" |