
|
Welcome to Aliah's blog Fellas!
Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :) likesss♥
•i love something sweet,simple,peaceful and natural• Sight seeing 'FOLLOW' me here ! Credit Template by Maniss Picture by Mr Google Edit by Miss Bahu Kotak Header by Miss Adah |
done MEdSI, next IV !!
nervous!!sebulan dua ni agak mencabar jugalah bagi aku yang first time tempuh pekara ni. untuk panggilan bulan September tu takde rezeki aku. mujur semangat aku untuk sambung belajar masih tak luntur. hehee.. sebenarnya sokongan family esp my mom lah. hasrat mak tu lah yang telah mendorong untuk aku tempuh beberapa pekara dalam sebulan dua ni. anything for you mom :* lepas tak ada rezeki bulan September lepas, kecewa lah jugak. siapa tak kecewa kan, semua orang nak sambung belajar. keputusan aku pun bukanlah teruk sangat, untuk apply mana-mana univ tu dah lepas la syarat minima.hihihi..lepas ni aku taknak dah percaya dengan angka. LOL. tapi aku percaya mungkin ada hikmah sebalik semua ni. Allah sebaik-baik perancang dan aku yakin ada yang terbaik untuk aku. mungkin juga, DIA nak uji kesabaran aku dan nak aku usaha lebih lagi. jadi, aku pun buat keputusan untuk teruskan hasrat di hati untuk sambung belajar. bulan lepas (November) haritu aku apply dua universiti untuk ambilan Febuari. jadi aku pun apply lah UITM dan UPSI. UPSI ni lebih kepada impian mak, mak nak sangat salah seorang anak mak ada tittle cikgu, jadi macam akau cakap, anything for my mom so aku pun dengan rela hati apply (tapi jadi cikgu memang salah satu cita-cita aku dulu). kalau mak gembira insha Allah mudahlah jalan untuk aku, amiinn..ada bukan apa, dulu masa first intake haritu aku memang apply UPSI tapi aku tukar disaat-saat akhir. belagak pandai lagi, buat keputusan sendiri, sebab tu tak dapat agaknya. haa jadikan pengajaran! okaylah, untuk UITM tu aku tinggal tunggu keputusan je lah bulan Febuari nanti (bagi aku lama gila kot sobss sobss) tapi UPSI ni lah yang banyak sikit peringkatnya. semua pun tahu kalau pendidikan mesti ada ujian MEdSI, maka aku pun dipanggillah untuk ujian tersebut awal Disember. ALHAMDULILLAH, aku LULUS!! lepas lulus tu maknanya aku dipanggil untuk ditemuduga lah kan. untuk dua course yang aku apply tu dipanggil temuduga; ISMP Bimbingan dan Kaunseling dan ISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak. untuk IV ni nanti aku adalah buat research sikit berkaitan course bimbingan dan kaunseling. uishh boleh tahan complex jugak course tu. ada teori, ada kemahiran dan macam-macam lagi. untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak tu aku dah prepare lah untuk menyanyi dan bercerita (tu pun kalau disuruh nanti). aku ada juga baca kat blog-blog lain macam mana pengalaman ditemuduga, huhh macam-macam style lah! aku pun yang overthinking ni kan dah fikir nacam-macam lah. huhuu.. tapi macam manapun, Insha Allah aku akan cuba sehabis baik. nanti lepas temuduga, aku cerita pula pengalaman aku. hihii.. MOGA SEGALA URUSAN BUAT HIDAYATUL ALIAH DIPERMUDAHKAN, AMIINN!! p/s: buatlah keputusan dengan restu ibu bapa. dengan restu mereka, insha Allah mudahlah jalan untuk kita. p/s: bersangka baiklah denganNya, jika kita tidak peroleh apa yang kita mahu, percayalah DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. salam sayang dari CikYa. |