// Aliah's Stories

Welcome to Aliah's blog Fellas!

Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :)


DiariesAbout

likesss♥

•i love something sweet,simple,peaceful and natural•


Sight seeing

 DO VISIT HERE!


'FOLLOW' me here !

 Twitter


Credit

Template by Maniss
Picture by Mr Google
Edit by Miss Bahu Kotak
Header by Miss Adah
PASSENGERS in early 2k17
Hi. Selamat tahun baru (walaupun dah terlewat sehari) . Untuk tahun baru ni tak banyak pun azam aku, cukup lah dapat jadi yang lebih baik dari tahun sebelum ni.

Orang lain mesti rasa 2016 tahun paling banyak makna lah, paling best lah, paling sweet lah, paling macam-macam lah. Tapi bagi aku, sikit hambar lah. Tak apa la kan, lain orang lain pekara yang dilaluinya kan.
Apa pun terima kasih kepada Sang Pencipta yang masih beri peluang untuk berpijak dibumiNya ini, dan kepada sesiapa yang masih berada disisi aku juga.

Alright, pekara pertama yang aku buat sebaik memasuki tahun baru ni, tengok wayang. Haduiii, apa la kan.. Tapi orang yang bawa, and last minute plan. So ikut je lah. Aku, Kak Aja & suami dan Fizin. So berempat je lah.



Kami decided untuk tengok PASSENGERS MOVIE, lakonan Jennifer Lawrence & Chris Pratt. Tengok trailer je dah menarik. Sains Fiksyen Adventure, so memang aku minat lah! pasal sebuah kapal angkasa yang bawa penumpang untuk ke sebuah planet yang ambil masa selama 120 tahun.

Bayangkan lah 120 tahun beb! Ceritanya tu kisahkan sebuah kapal angkasa yang bawa 5000 penumpang dan perjalanan selama 120 tahun tu alami sedikit kerosakan. 5000 penumpang tu kesemuanya dihibernasikan dalan sebuah pod. Kiranya depa ditidurkan dan hanya akan bangun 4 bulan sebelum sampai ke planet yang sama seperti bumi untuk mulakan kehidupan baru di sana.

Setelah 30 tahun, kapal angkasa tu alami sedikit kerosakan, dan mulalah beberapa konflik. Sorang penumpang nama Jim (Chris Pratt) dibangunkan dari pod sebab pod dia alami kerosakan. Jim seorang mekanik. Kiranya dia dibangunkan lebih awal dari yang lain. Dia ingatkan normal lah, sekali baru dia perasan yang dia dibangunkan awal, menggelabah la dia. Mana taknya, lagi 90 tahun lagi akan sampai ke destinasi. Hampir setahun dia hidup sendirian. Dah la dia penunpang class biasa, so kemudahan dalam kapal tu terhad mujur ada Arthur (si android penjaga bar) dan Arthur lah satu-satunya kawan dia. Kemudahan tu akan diberikan hanya dengan menggunakan ID pada gelang tangan mereka.

Lepas setahun tu, dia pun terjatuh hati pada sorang journalist perempuan yang masih dalam pod hibernasi. Dia rasa nak sangat bangunkan perempuan tu, dan kemudian dia akur. Aurora (Jennifer Lawrence) pun bangun dari pod hibernasi dan dia pun fikir pod dia bermasalah padahal Jim yang bangunkan dia. Untungnya, Aurora ni penumpang Gold Class so macam-macam kemudahan dia dapat. Lama kelamaan depa pun bercinta lah. Hampir setahun Aurora pun dapat tahu dari Arthur tanpa sengaja yang Jim lah yang sengaja membangunkan dia so mengamuklah dia.

Satu hari, depa yang tengah gaduh ni dikejutkan dengan kebangkitan lagi sorang dari pod hibernasi, Capt. Gus; ketua krew kapal. Gus ni pun muncul dan dia mula fikirkan sesuatu yang tak kena pada kapal angkasa. Mereka bertiga pun cuba caritahu sampailah Gus jatuh sakit dan mati tapi masalah belum sempat selesai. Gus sempat beri ID dia untuk kegunaan Jim & Aurora dan Gus bagitahu kerosakan kapal adalah serius dan mungkin kapal akan rosak dan kesemua penumpang pun mungkin akan ada yang terjaga atau terus mati. Jadi nak taknak dua manusia tu bersama-sama cari punca masalah kapal dan mereka berjaya selesaikan.

Lepas tu Jim berjaya jumpa cara untuk dihibernasikan semula. Tapi hanya satu pod sahaja iaitu autodoc. Jim nak Aurora dihibernasikan semula supaya Aurora dapat ke destinasi sebenar.

Haaa... Apa sudahnya.. Of course la Aurora taknak tinggal Jim. Sah-sah la kalau dia bangun pun nanti Jim dah tak ada. Mana maunya Jim bertahan sampai 89 tahun lagi kan. Jadi mereka pun hiduplah berdua dalam kapal angkasa tu dan menikmati semua kemewahan yang tersedia. Ha Aurora tu kan penulis, jadi dia tulis seluruh kehidupan dia dengan Jim sepanjang kehidupan dalam kapal angkasa tersebut. Jadi lepas 80 tahun, penumpang pun bangun dan mereka tahulah kisah yang terjadi dalam kapal semasa mereka hibernasi.

Just imagine kalau Jim tu tak bangun dulu. Kerosakan kapal angkasa tu mungkin takkan sampai ke Planet baru. Dan hampir 4997 orang (tak termasuk dah Jim, Aurora and Gus) akan mati. Yang tiga orang tu memang matilah. Mereput atas kapal angkasa yang mewah. Hihiihi..

Itulah kesudahan ceritanya. Lepas keluar panggung kami pun mulalah bagi komen masing-masing dan apa komen pertama aku? "Untuk tahap 'kartun' memang best and power ahh" hehehe.. Tapi tu lah kelebihan omputeh, depa buat cerita yang tak masuk akal, tak salah dan masyarakat boleh terima. Tapi kalau orang melayu tak usah lah. Melayu pakar buat cerita cinta anak orang kaya dengan perempuan cantik yang jadi rebutan. Kahkahkah..!

Aku bagi ★★★½  untuk PASSENGERS ✔

P/s: tercabut jantung aku sepanjang Fizin yang bawa kereta LOL! 😂