// Aliah's Stories

Welcome to Aliah's blog Fellas!

Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :)


DiariesAbout

likesss♥

•i love something sweet,simple,peaceful and natural•


Sight seeing

 DO VISIT HERE!


'FOLLOW' me here !

 Twitter


Credit

Template by Maniss
Picture by Mr Google
Edit by Miss Bahu Kotak
Header by Miss Adah
Singgah la mimpi adikkkk
dialah insan yang bermakna dalam hidup aku. kasih sayang dia tiada tandingan dan tak dapat dicari ganti. perginya dia terlalu awal. masih tak puas aku nak bermanja dengan dia. pergi dia waktu aku baru nak kenal dunia, apalah sangat bakti yang mampu aku bagi pada dia. apa jasa dia yang aku dah balas? tak ada! tak sempat! hanya secebis saja bahagian aku untuk merasa kebahagiaan dengan dia.

dulu, dialah yang pujuk aku, penuhi kehendak aku, bergurau senda dengan aku, terasa masa tu terlalu sempurna hidup aku.

aku teringat dulu, aku pernah tertinggal bag sekolah. pagi tu nak sangat pergi sekolah dari Sabak ke Tebuk Pulai tu naik motor. sampai sekolah boleh pula tertinggal bag. dia tak ada pula marah, dia balik ke rumah dan datang semula ke sekolah naik kereta hantar bag aku. masa tu apa lah aku tahu, aku gelak je. dia tak mengeluh sikit pun...

hari pertama masuk sekolah menengah pula dialah yang teman aku sampai ke dalam kawasan sekolah dengan mak. ada satu petang tu ada pasar malam. masuk sekolah menengah aku dah berbasikal ke sekolah sebab sekolah pun dekat dengan rumah dan masa tu dah jumpa kawan area rumah ni. petang jumaat tu singgah pasar malam sebab hantar kawan aku, family dia berniaga di pasar malam, jadi sampai ke ruma agak lewat. dalam on the way nak balik tu aku terserempak dengan dia. sampai je kat rumah, mak rupanya yang risau sangat sebab lagi 5minit nak pukul 7. aku rasa bersalah juga lah, sanggup dia nak jenguk aku kalau masih ada kat jalan.

tapi itulah, perhatian dan kasih sayang dia mula beransur meninggalkan aku.. sakit yang dihidapi sudah membataskan segalanya. masa tu aku masih tak faham akan perit yang dia alami, betapa bodohnya aku masa tu. tapi segala keluhan, pesanan, kata-kata, dan segalanyalah saat dia sakit, masih segar dalam ingatan aku. susah juga kehidupan aku masa tu. pergi sekolah terpaksa tumpang orang sana sini. pernah juga aku tidur dilantai hospital dengan keadaan menyorok-nyorok (sebab penjaga di wad tak boleh lebih seorang). tapi aku tak pernah rasa semua tu menyusahkan atau memalukan. itu antara kenangan manis bagi aku, bahagian terakhir untuk aku. sebab aku sayang dan kasihkan dia. dialah ABAH... abah aku

aku rindu sangat pada abah. tak ada satu hari pun aku lupa pada abah. rindu teramat sangat pada lelaki yang aku panggil abah tu. kadang aku cemburu pada kawan-kawan aku yang mana masih ada ayah. terasa kehidupan mereka jauh lebih sempurna berbanding aku. tapi aku tak salahkan abah yang tak mampu bertahan akan penyakit tu. aku tahu ni takdir dan kehendakNya. aku redha. hampir 7 tahun abah pergi. Alhamdulillah hubungan adik beradik berlainan mak pun masih rapat malah makin akrab, aku dapat rasa perhatian dari abang-abang dan kakak. malah kami adik beradik dapat merasa perhatian dan kasih dari pakcik kami. terima kasih pak chu, banayk jasa dan wang ringgit pak chu dah berikan pada kami.

abah, adik tahu abah pergi atas kehendakNya. adik tahu abah tenang di Sana. adik tahu abah bersama mereka yang beramal soleh. abah... datanglah dalam mimpi adik.

makin adik dewasa adik makin banyak pendam. mungkin dari Sana abah nampak adik ni periang, kuat bercakap, gelak dan mudah terhibur. semua orang pun nampak macam tu. (yang tahu psikologi, orang yang happening ni lah yang paling banyak pendam rasa.) abah, adik ada ramai orang disekeliling adik, adik ada kawan adik ada mak, kakak, abang dan adik dany. tapi abah, adik lemah sangat nak cerita sedih dan kecewa adik pada sesiapa. adik paling tak tahu nak luahkan kalau adik sedih, dan kecewa. dulu pernah la cerita pada kawan, tapi adik mula rasa malu. Takut kalau kawan tak selesa kalau adik luahkan pada diorang, jadi adik rasa biar adik pendam, kan? kita happy-happy je lah kan.. sedih simpan sendiri huhuhuu..

Walaupun abah dah ke dunia lain, adik rasa abah lah yang paling dekat denga adik, macam abah ada walaupun bukan dalam keadaan nyata. adik minta kekuatan dari Dia. adik doa supaya adik dapat kekuatan macam abah adik ni masa hidupnya. abah, doakan adik kuat walau apa pun dugaan yang datang dalam hidup adik. adik kesal sangat sebab adik tak jaga abah sebaik mungkin masa abah sakit dulu. kalaulah diberi peluang untuk undurkan masa, adik nak buat segalanya untuk abah. segala yang terbaik! abah.. abahlah lelaki paling terbaik, terhebat dan yang paling adik sayang dalam dunia ni. adik bertuah lahir sebagai anak abah. sayang abah.. NANTI TIBA MASANYA KITA JUMPA YA ABAH...banyak lagi pekara yang adik nak buat terutama nak balas jasa mak dan banggakan mak, doakan adik..