// Aliah's Stories

Welcome to Aliah's blog Fellas!

Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :)


DiariesAbout

likesss♥

•i love something sweet,simple,peaceful and natural•


Sight seeing

 DO VISIT HERE!


'FOLLOW' me here !

 Twitter


Credit

Template by Maniss
Picture by Mr Google
Edit by Miss Bahu Kotak
Header by Miss Adah
NEW LIFE BEGIN
Assalamualaikum...

Yeahh.. Kehidupan baru bermula. First, Alhamdulillah aku panjat pada Sang Pencipta, Dialah yang memberi aku rezeki dan peluang ini. Aku ditawarkan ke UiTM sesi Mac 2017. Syukur sangat. Okay Upsi memang aku tak ada rezeki. Dan sebenarnya lah, lepas tak dapat UPSI tu aku macam da give up, memang rasa dah nak kerja aja, dan terfikir nak buat business. Tapi perancang Dia kita tak dapat nak duga, masa hari keputusan diumumkan aku try je lah check. Dapat ke tak tu tak apa lah,yang penting dah usaha.

Maka, dapat je tau aku dapat tawaran, mak antara yang paling happy. Aku pun happy lah. tapi dalam happy tu ada resah, sedih and takut. Tak pernah jauh dari famly, tak pernah keluar dari Sabak Bernam, tak pernah lekang dari mak, hehehe anak manja.. eh yeke? Hahaha, menghitung hari jelah aku lepas dapat keputusan.

Dah tiba masa dan harinya. 26 Feb aku berdaftar lah ke kolej di UiTM Puncak Alam (Palam) untuk orentasi atau nama Minggu Destini Siswa (MDS). Masa daftar yang ikut hantar, mak, akak dan suami and Fizin (pelik pulak Fizin ni nak ikut tapi tak apa lah dia boleh tolong memandu) Lepas daftar dapat lah tengok bilik, satu rumah ada 8 orang. Rumah tu sangat lah selesa dan condition memang baru lagi dan boleh bagi 4 Star! Roomate kat kolej semetara tu pun okay, Rika(IM), Nuri(HM), Dayah and Qila (FITA), Anis and Amira (EDU) and Yuhanis(Business). Diorang ni okay lah, best and boleh masuk lah dengan depa.


Ni lah kawan-kawan serumah untuk minggu MDS! 

Cerita sikit pasal MDS ni. Sebelum daftar tu aku dah fikir macam-macam pasal MDS ni, kena buli lah, aktiviti tah pape lah, tak cukup tidurlah, segala yang tak best! Tapi aku silap, sebenarnya memang bagus MDS ni. Dalam hari kedua macam tu aku dah boleh terima suasana kampus dan program tu. Senang cakap macam dah terjatuh hati pada Kampus Palam. And sebenarnya PM(pemimpin mahasiswa = fasilitator) baikbaik semuanya. Dan paling kagum masa nak pindah kolej lah, Dengan PM-2 yang baik and rajin tolong kami angkat barang-barang and bag semua, Disusunnya elok-elok dalam lori, kami cuma pass bag je. Lelaki perempuan semua sama tolong, thank you PMs!!

Tapi sampai kat Pundana, uhukk hancuur hati. First, senior tengokkan aja kami angkut bag yang berat-2 tu, sakitnyalah pinggang and bahu. Sampai bilik punyalah terkejut dan rasa nak menangis.. Kami ni dah lah pelajar baru, kasilah semangat sikit bilik yang elok ke. Ini kami dpat rumah aras tiga. dalam tu ada tiga bilik. Dan sadisnya bilik aku berempat dan sangatlah padat dan sempit. Kat ruang luar lampu kelip-kelip je. Just imagine condition rumah tu. Tak tahan nak fikirkan keadaan rumah tu. Mak dan akak pun datanglah nak ambil aku. Dan aku pun bersegeralah mengemas baju dan susun apa yang patut. Pukul 7.15 nampaklah kereta kakak depan kolej. Berbunga hati riang gembira!

Balik tu macam-macam aku cerita kat family, yang best yang sadis semualah.. maklumlah aku ni memang suka bercerita. hehehe.. Tenang sikit dpat luahkan. Dan mak cakap next sem duduk je luar, duit habis kat rumah sewa pun tak apa yang penting selamat dan selesa. Silap-silap mak pun boleh duduk sekali dengan aku.(okay merancang tu memang seronok)

Lepas sampai rumah tu, dah tenang dah rehat aku pun try la cari sorang senior ni kat laman sosial and jumpa. Aku follow dia, aku ada baca cerita-cerita kat blog dia. Dari situ aku rasa macam aku dapat semangat. Aku kagum sangat. Senior ni aku kenal masa MDS lah. Nama biar dirahsiakan. Bukan la suka kat dia, tapi tertarik dengan cara dia, penampilan dia (aku memang suka tengok orang yang kemas). Rasa macam disuntik satu semnagat untuk jadi kuat, tabah dan sabar sepanjang menempuh alam belajar. Pencapaian dia pun hebat juga lah. Tak apa kot jadikan dia role model dalam diam, hahaha diam ke kalau dah tulis kat blog ni. okay diam-diam je.

Aku harap apa pun cabran dan dugaan yang aku hadapi ni akan jadikan aku lebih matang. Aku doa sangat segala urusan sepanjang pengajian aku dipermudahkan, dapat kawan-kawan yang baik dan tak bermasalah berkaitan sahsiah. Bukanlah aku ni baik sangat untuk dapat kawan yang baik, tapi aku pun tak sempurna akhlak dan sahsiah jadi takkan aku nak guide orang tapi sendiri tak betul. Taknak rumitkan jalan hidup. Kalau dah ada masalah dengan kawan mesti jadi susah nanti, tak tenang nak belajar dan semua benda jadi tak kena. Moga dijauhkan segala yang buruk. Aamiinn..