// Aliah's Stories

Welcome to Aliah's blog Fellas!

Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :)


DiariesAbout

likesss♥

•i love something sweet,simple,peaceful and natural•


Sight seeing

 DO VISIT HERE!


'FOLLOW' me here !

 Twitter


Credit

Template by Maniss
Picture by Mr Google
Edit by Miss Bahu Kotak
Header by Miss Adah
Short Escaped! : Pangkor Island.
(lama tak update. keyboard laptop rosak)

Hujung Januari haritu aku & family merancang lah untuk release tansion, tapi nak pergi tempat yang dekat dekat je, so kami pilih Pualau Pangkor.

So sudah sepakat, booked lah hotel & pilih Coral Bay Resort (5minit je dari pekan Pangkor). Kitaorang pilih untuk naik jeti Marina Island sebab taknak lama sangat atas feri (dalam 15 minit je). Masa dalam feri tu masing masing dah sebuk fikir kereta sewa, Try cari kat google, bila call tak dapat so pasrah je lah ada kenderaan ke tak. Yang tak disangka tu kan, elok je keluar dari jeti nampak ada sekumpulan India ni beratur depan pintu masuk jeti, cakap apa tah dari jauh kat kami. Bila dah dekat tu baru la tau yang depa tu bagi perkhidmatan kereta sewa, sehari RM60. Okay la kan. sebab kami pun bukannya lama kat Pangkor tu. Dapat lah Proton Perdana, luar cam emm tapi dalamnya, pehh aircond dia macam ada sebiji aircond bilik yang pakai dua hos! Sejuk bhaii..

Done check in, survey tempat sekeliling. Sebelum tu makan tengah hari, gerai tu berdepan je dengan resort, sedap pun sedap la.. Tapi malangnya cuti kali ni aku tak feel sangat la sebab gusi bengkak. Tabahkan je lah hati, yang tak sabar tu nak jalan kat pantai yang ada. Excited!! Yela aku kan pencinta alam semula jadi especially pulau dan pantai so inilah masanya.

Kami jalan punya jalan naik kereta tu kan, memang nak explore betul lah tempat tu, tapi tak sangka dah pusing satu pulau! See, kecil je Pangkor ni. tak sampai sejam lah. Tapi tu kerja gila la, sebab setiap ceruk kami lalu, jalan kecil, berbukit, curam and sempit semua kami lalu. Kata nak explore kan... Kiranya tak ada jenayah lah kat Pangkor ni. Nk naik motor tak pakai helmet pun tak apa. Aku syak, posman pun kerja 3 hari seminggu, kalau pos surat pun separuh hari siap. Haa sampai situ aku fikir.

Okay, balik pada cerita sebenar. Kami settle jalan-jalan naik kereta kami pun tinggalkn kereta kat resort and jalan kaki ke pantai yang paling dekat. Mungkin dah rezeki orang kat situ agaknya and keterujaan kami nak snorkeling, kami pun ambil lah package melawat pulau-pulau dan snorkeling. Charge yang dikenakan RM100+ camtulah. Sebenarnya service depa tu mahai, tapi tak apalah, malaih nak carik tempat lain. Eh awatnya aku punya bahasa camni. Hampir 4 jam jugaklah aktiviti kami petang tu, mak taknak balik lewat sangat, kami ikutkan lah walaupun sebenarnya tak puas, hihihi..

Dapatlah kami melawat beberapa pulau yang cantik, and yang paling adventure tu boat kami tu lah, kan berenam termasuk pemandu boat, jadi boat tu ringan and dapat driver yang bawak memang laju, melambung-lambung lah kami. Teringat lagu Maya Karin "cintaku bukan tu dilambung-lambung"
Satu pulau tu namanya Coral Bay atau Pulau Giam, kat situ kami bagi makan kat ikan, boat tu memang sediakan roti untuk bagi ikan, mak lah yang paling teruja. Kat situ juga abang and kakak try untuk snorkeling, sebab cantik bawah tu, ada ikan, tapi tak lama pun depa snorkeling sebab salah teknik, hahahaha.. And lepas tu kami pun request lah nak ke pulau belakangnya sebab nak santai puas-puas. So macha boat tu kasi berapa lama pun kami nak kat pulau tu. Kebetulan mas atu pulau belakang tu memang tak ada orang, jadi pulau tu kami yang punya! Heaven ahh, oh ya, pulau tu masih Pulau Giam/Coral Bay. Kat pulau tu ada mcm2kdai makan ala-ala pondok dalam hutan tapi tak beroperasi hari tu. Lepas beberapa jam kami pun dijemput dengan boat yang sama and pusing-pusing lagi tengok tempat cantik, baik macha tu, tak berkira.

Kemudian, makan malam kami makan cam biasa makan luar lah, sebab malam tu waktu singkat tak sempat nak tengok tempat yang special sikit ke yang lain dari yang lain ke menunya, kami makan je lah yang biasa kami order. Lagipun masa tu aku kan gusi bengkak so feel nak makan tu kurang.

Esoknya kami jalan-jalan shopping yang pastinya semua  tempat yang cantik kami pun berselfie lah..

(gambar-gambar upload nantilah.