// Aliah's Stories

Welcome to Aliah's blog Fellas!

Hey earthling! welcome to my FIRST blogg:)Here me Hidayatul Aliah :) It's a plesure having you here! Hope you all enjoy :)


DiariesAbout

likesss♥

•i love something sweet,simple,peaceful and natural•


Sight seeing

 DO VISIT HERE!


'FOLLOW' me here !

 Twitter


Credit

Template by Maniss
Picture by Mr Google
Edit by Miss Bahu Kotak
Header by Miss Adah
Just need a break
punya lah seronok nak cuti sem (settle sem 3), aku antara orang yang terawal balik lepas habis paper. memandangkan masih raya so berangan lah nak beraya sana sini. tapi sekadar berangan, kalau dah duduk rumah payah nak keluar. lol.

selesai sem 3, sem yang paling tough level perit tu, nyawa paras leher gitu. memang nak terbalik rasanya dunia sepanjang selesaikan sem 3. memang semua students Records Management akan hadap lah zon pra-meninggal, pra-kemurungan, pra-gila, pra-papakedana, pra-hanturaya dan segala macam  masa semester 3. so semester 3, kena pandailah manage, and cari subjek elektif yang membantu.

maka bila dah seronok cuti semester, terasa lama pulak dah cuti ni.

sepanjang cuti ni lah banyak gila benda aku fikir. dari sekecil-kecil pekara aku fikir sampai stress and almost mendekati symptom depression. ahaha,,mybee. and tonight, tepat jam 12, aku deactivate salah satu socmed aku yang memang aku tak pernah tak tengok setiap hari. so aku pun tak tahu napa aku rasa aku perlu buat tu. maybe peratusan yang tinggi dari benda tu yang menyebabkan aku stress, tiba tiba down, confident level kelaut, resah, tak cukup tidur, and sampai aku rasa nak jerit and nangis. should i find someone untuk share benda tu? lol. tulis sini dah lah.

aku nak cuti ni 'cuti yang sihat'..gitttchuu.. nak happy, short vacay ke.. hahaha well aku suka berangan. maka, lebih kurang sebulan lebih lagi cuti, maka aku harap aku penuhi dengan benda yang baik. salah satunya, plan nak pakai braces, tapi tah lah, sebab procedure nya makan masa yang lama, tu dalam perancangan! next wednesday, ada appointment with dentist, so tengok pada keadaan nanti.

few problems in this semester break;
-sleeping schedule
-stress
-mood swings
-masa makan tak teratur
-menyendiri
-low self-esteem
-over thinking
-feel lonely


NEW YEAR!! 2018 PLEASE BE NICE WITH ME
2017, almost 13 days officially ENDED!!
i wish 2018 will gimme more happiness, joyful and more blessing, aaminn...

so, untuk kedua kalinya tahun baru disambut dengan spent time with sibling pergi tengok movie cerita 'Pitch Perfect 3'. Ya sama macam last year. Pitch Perfect 3 serious best!! and macam sedih la sebab depa macam dah nak tamatkan sekuel tu. 

and, me...tak sedar diri. actually tu cuti study week. but, i keep mingle around and tak ada kesedaran dengan final exam yang start pada 8th January. tapi itulah, start lambat, and habis pun lambat. kawan-kawan dari universiti lain dah ada yang balik cuti, while me, still ada 3 papers to go. UiTM kan...... so terima je lah. yang pasti kami masuk sem depan, bulan March!

sepanjang nak menghabiskan tahun 2017, banyak sangat benda yang jadi. memang menguji segala kesabara, dan kekuatan mental and physical. dalam semester 2, banyak sangat drama jadi. berairmata, ada yang tarik muka, sakit hati..and siap ada yang gaduh sampai taknak kawan lah. kelakar sangat lah manusia yang aku kenal zaman university ni. tapi semuanya beri aku pengalaman dan mengajar aku mengenali manusia dan menghargai manusia yang sepatutnya dihargai. 

but, my prinsip so simple, "let's bygone, be bygone". dah selesai, habis situ je lah. hahahaha

and apa yang pasti, masuknya tahun 2018 ni, maka berjayanya aku menghabiskan TAHUN PERTAMA DEGREE. yeayy!! semoga Hidayatul Aliah Binti Mohd Halim akan terus berjaya dunia akhirat, dan diberikan rezeki yang tidak putus, malah segala urusannya dipermudahkan. Aaminn..


NEW LIFE BEGIN
Assalamualaikum...

Yeahh.. Kehidupan baru bermula. First, Alhamdulillah aku panjat pada Sang Pencipta, Dialah yang memberi aku rezeki dan peluang ini. Aku ditawarkan ke UiTM sesi Mac 2017. Syukur sangat. Okay Upsi memang aku tak ada rezeki. Dan sebenarnya lah, lepas tak dapat UPSI tu aku macam da give up, memang rasa dah nak kerja aja, dan terfikir nak buat business. Tapi perancang Dia kita tak dapat nak duga, masa hari keputusan diumumkan aku try je lah check. Dapat ke tak tu tak apa lah,yang penting dah usaha.

Maka, dapat je tau aku dapat tawaran, mak antara yang paling happy. Aku pun happy lah. tapi dalam happy tu ada resah, sedih and takut. Tak pernah jauh dari famly, tak pernah keluar dari Sabak Bernam, tak pernah lekang dari mak, hehehe anak manja.. eh yeke? Hahaha, menghitung hari jelah aku lepas dapat keputusan.

Dah tiba masa dan harinya. 26 Feb aku berdaftar lah ke kolej di UiTM Puncak Alam (Palam) untuk orentasi atau nama Minggu Destini Siswa (MDS). Masa daftar yang ikut hantar, mak, akak dan suami and Fizin (pelik pulak Fizin ni nak ikut tapi tak apa lah dia boleh tolong memandu) Lepas daftar dapat lah tengok bilik, satu rumah ada 8 orang. Rumah tu sangat lah selesa dan condition memang baru lagi dan boleh bagi 4 Star! Roomate kat kolej semetara tu pun okay, Rika(IM), Nuri(HM), Dayah and Qila (FITA), Anis and Amira (EDU) and Yuhanis(Business). Diorang ni okay lah, best and boleh masuk lah dengan depa.


Ni lah kawan-kawan serumah untuk minggu MDS! 

Cerita sikit pasal MDS ni. Sebelum daftar tu aku dah fikir macam-macam pasal MDS ni, kena buli lah, aktiviti tah pape lah, tak cukup tidurlah, segala yang tak best! Tapi aku silap, sebenarnya memang bagus MDS ni. Dalam hari kedua macam tu aku dah boleh terima suasana kampus dan program tu. Senang cakap macam dah terjatuh hati pada Kampus Palam. And sebenarnya PM(pemimpin mahasiswa = fasilitator) baikbaik semuanya. Dan paling kagum masa nak pindah kolej lah, Dengan PM-2 yang baik and rajin tolong kami angkat barang-barang and bag semua, Disusunnya elok-elok dalam lori, kami cuma pass bag je. Lelaki perempuan semua sama tolong, thank you PMs!!

Tapi sampai kat Pundana, uhukk hancuur hati. First, senior tengokkan aja kami angkut bag yang berat-2 tu, sakitnyalah pinggang and bahu. Sampai bilik punyalah terkejut dan rasa nak menangis.. Kami ni dah lah pelajar baru, kasilah semangat sikit bilik yang elok ke. Ini kami dpat rumah aras tiga. dalam tu ada tiga bilik. Dan sadisnya bilik aku berempat dan sangatlah padat dan sempit. Kat ruang luar lampu kelip-kelip je. Just imagine condition rumah tu. Tak tahan nak fikirkan keadaan rumah tu. Mak dan akak pun datanglah nak ambil aku. Dan aku pun bersegeralah mengemas baju dan susun apa yang patut. Pukul 7.15 nampaklah kereta kakak depan kolej. Berbunga hati riang gembira!

Balik tu macam-macam aku cerita kat family, yang best yang sadis semualah.. maklumlah aku ni memang suka bercerita. hehehe.. Tenang sikit dpat luahkan. Dan mak cakap next sem duduk je luar, duit habis kat rumah sewa pun tak apa yang penting selamat dan selesa. Silap-silap mak pun boleh duduk sekali dengan aku.(okay merancang tu memang seronok)

Lepas sampai rumah tu, dah tenang dah rehat aku pun try la cari sorang senior ni kat laman sosial and jumpa. Aku follow dia, aku ada baca cerita-cerita kat blog dia. Dari situ aku rasa macam aku dapat semangat. Aku kagum sangat. Senior ni aku kenal masa MDS lah. Nama biar dirahsiakan. Bukan la suka kat dia, tapi tertarik dengan cara dia, penampilan dia (aku memang suka tengok orang yang kemas). Rasa macam disuntik satu semnagat untuk jadi kuat, tabah dan sabar sepanjang menempuh alam belajar. Pencapaian dia pun hebat juga lah. Tak apa kot jadikan dia role model dalam diam, hahaha diam ke kalau dah tulis kat blog ni. okay diam-diam je.

Aku harap apa pun cabran dan dugaan yang aku hadapi ni akan jadikan aku lebih matang. Aku doa sangat segala urusan sepanjang pengajian aku dipermudahkan, dapat kawan-kawan yang baik dan tak bermasalah berkaitan sahsiah. Bukanlah aku ni baik sangat untuk dapat kawan yang baik, tapi aku pun tak sempurna akhlak dan sahsiah jadi takkan aku nak guide orang tapi sendiri tak betul. Taknak rumitkan jalan hidup. Kalau dah ada masalah dengan kawan mesti jadi susah nanti, tak tenang nak belajar dan semua benda jadi tak kena. Moga dijauhkan segala yang buruk. Aamiinn..

Short Escaped! : Pangkor Island.
(lama tak update. keyboard laptop rosak)

Hujung Januari haritu aku & family merancang lah untuk release tansion, tapi nak pergi tempat yang dekat dekat je, so kami pilih Pualau Pangkor.

So sudah sepakat, booked lah hotel & pilih Coral Bay Resort (5minit je dari pekan Pangkor). Kitaorang pilih untuk naik jeti Marina Island sebab taknak lama sangat atas feri (dalam 15 minit je). Masa dalam feri tu masing masing dah sebuk fikir kereta sewa, Try cari kat google, bila call tak dapat so pasrah je lah ada kenderaan ke tak. Yang tak disangka tu kan, elok je keluar dari jeti nampak ada sekumpulan India ni beratur depan pintu masuk jeti, cakap apa tah dari jauh kat kami. Bila dah dekat tu baru la tau yang depa tu bagi perkhidmatan kereta sewa, sehari RM60. Okay la kan. sebab kami pun bukannya lama kat Pangkor tu. Dapat lah Proton Perdana, luar cam emm tapi dalamnya, pehh aircond dia macam ada sebiji aircond bilik yang pakai dua hos! Sejuk bhaii..

Done check in, survey tempat sekeliling. Sebelum tu makan tengah hari, gerai tu berdepan je dengan resort, sedap pun sedap la.. Tapi malangnya cuti kali ni aku tak feel sangat la sebab gusi bengkak. Tabahkan je lah hati, yang tak sabar tu nak jalan kat pantai yang ada. Excited!! Yela aku kan pencinta alam semula jadi especially pulau dan pantai so inilah masanya.

Kami jalan punya jalan naik kereta tu kan, memang nak explore betul lah tempat tu, tapi tak sangka dah pusing satu pulau! See, kecil je Pangkor ni. tak sampai sejam lah. Tapi tu kerja gila la, sebab setiap ceruk kami lalu, jalan kecil, berbukit, curam and sempit semua kami lalu. Kata nak explore kan... Kiranya tak ada jenayah lah kat Pangkor ni. Nk naik motor tak pakai helmet pun tak apa. Aku syak, posman pun kerja 3 hari seminggu, kalau pos surat pun separuh hari siap. Haa sampai situ aku fikir.

Okay, balik pada cerita sebenar. Kami settle jalan-jalan naik kereta kami pun tinggalkn kereta kat resort and jalan kaki ke pantai yang paling dekat. Mungkin dah rezeki orang kat situ agaknya and keterujaan kami nak snorkeling, kami pun ambil lah package melawat pulau-pulau dan snorkeling. Charge yang dikenakan RM100+ camtulah. Sebenarnya service depa tu mahai, tapi tak apalah, malaih nak carik tempat lain. Eh awatnya aku punya bahasa camni. Hampir 4 jam jugaklah aktiviti kami petang tu, mak taknak balik lewat sangat, kami ikutkan lah walaupun sebenarnya tak puas, hihihi..

Dapatlah kami melawat beberapa pulau yang cantik, and yang paling adventure tu boat kami tu lah, kan berenam termasuk pemandu boat, jadi boat tu ringan and dapat driver yang bawak memang laju, melambung-lambung lah kami. Teringat lagu Maya Karin "cintaku bukan tu dilambung-lambung"
Satu pulau tu namanya Coral Bay atau Pulau Giam, kat situ kami bagi makan kat ikan, boat tu memang sediakan roti untuk bagi ikan, mak lah yang paling teruja. Kat situ juga abang and kakak try untuk snorkeling, sebab cantik bawah tu, ada ikan, tapi tak lama pun depa snorkeling sebab salah teknik, hahahaha.. And lepas tu kami pun request lah nak ke pulau belakangnya sebab nak santai puas-puas. So macha boat tu kasi berapa lama pun kami nak kat pulau tu. Kebetulan mas atu pulau belakang tu memang tak ada orang, jadi pulau tu kami yang punya! Heaven ahh, oh ya, pulau tu masih Pulau Giam/Coral Bay. Kat pulau tu ada mcm2kdai makan ala-ala pondok dalam hutan tapi tak beroperasi hari tu. Lepas beberapa jam kami pun dijemput dengan boat yang sama and pusing-pusing lagi tengok tempat cantik, baik macha tu, tak berkira.

Kemudian, makan malam kami makan cam biasa makan luar lah, sebab malam tu waktu singkat tak sempat nak tengok tempat yang special sikit ke yang lain dari yang lain ke menunya, kami makan je lah yang biasa kami order. Lagipun masa tu aku kan gusi bengkak so feel nak makan tu kurang.

Esoknya kami jalan-jalan shopping yang pastinya semua  tempat yang cantik kami pun berselfie lah..

(gambar-gambar upload nantilah.

Singgah la mimpi adikkkk
dialah insan yang bermakna dalam hidup aku. kasih sayang dia tiada tandingan dan tak dapat dicari ganti. perginya dia terlalu awal. masih tak puas aku nak bermanja dengan dia. pergi dia waktu aku baru nak kenal dunia, apalah sangat bakti yang mampu aku bagi pada dia. apa jasa dia yang aku dah balas? tak ada! tak sempat! hanya secebis saja bahagian aku untuk merasa kebahagiaan dengan dia.

dulu, dialah yang pujuk aku, penuhi kehendak aku, bergurau senda dengan aku, terasa masa tu terlalu sempurna hidup aku.

aku teringat dulu, aku pernah tertinggal bag sekolah. pagi tu nak sangat pergi sekolah dari Sabak ke Tebuk Pulai tu naik motor. sampai sekolah boleh pula tertinggal bag. dia tak ada pula marah, dia balik ke rumah dan datang semula ke sekolah naik kereta hantar bag aku. masa tu apa lah aku tahu, aku gelak je. dia tak mengeluh sikit pun...

hari pertama masuk sekolah menengah pula dialah yang teman aku sampai ke dalam kawasan sekolah dengan mak. ada satu petang tu ada pasar malam. masuk sekolah menengah aku dah berbasikal ke sekolah sebab sekolah pun dekat dengan rumah dan masa tu dah jumpa kawan area rumah ni. petang jumaat tu singgah pasar malam sebab hantar kawan aku, family dia berniaga di pasar malam, jadi sampai ke ruma agak lewat. dalam on the way nak balik tu aku terserempak dengan dia. sampai je kat rumah, mak rupanya yang risau sangat sebab lagi 5minit nak pukul 7. aku rasa bersalah juga lah, sanggup dia nak jenguk aku kalau masih ada kat jalan.

tapi itulah, perhatian dan kasih sayang dia mula beransur meninggalkan aku.. sakit yang dihidapi sudah membataskan segalanya. masa tu aku masih tak faham akan perit yang dia alami, betapa bodohnya aku masa tu. tapi segala keluhan, pesanan, kata-kata, dan segalanyalah saat dia sakit, masih segar dalam ingatan aku. susah juga kehidupan aku masa tu. pergi sekolah terpaksa tumpang orang sana sini. pernah juga aku tidur dilantai hospital dengan keadaan menyorok-nyorok (sebab penjaga di wad tak boleh lebih seorang). tapi aku tak pernah rasa semua tu menyusahkan atau memalukan. itu antara kenangan manis bagi aku, bahagian terakhir untuk aku. sebab aku sayang dan kasihkan dia. dialah ABAH... abah aku

aku rindu sangat pada abah. tak ada satu hari pun aku lupa pada abah. rindu teramat sangat pada lelaki yang aku panggil abah tu. kadang aku cemburu pada kawan-kawan aku yang mana masih ada ayah. terasa kehidupan mereka jauh lebih sempurna berbanding aku. tapi aku tak salahkan abah yang tak mampu bertahan akan penyakit tu. aku tahu ni takdir dan kehendakNya. aku redha. hampir 7 tahun abah pergi. Alhamdulillah hubungan adik beradik berlainan mak pun masih rapat malah makin akrab, aku dapat rasa perhatian dari abang-abang dan kakak. malah kami adik beradik dapat merasa perhatian dan kasih dari pakcik kami. terima kasih pak chu, banayk jasa dan wang ringgit pak chu dah berikan pada kami.

abah, adik tahu abah pergi atas kehendakNya. adik tahu abah tenang di Sana. adik tahu abah bersama mereka yang beramal soleh. abah... datanglah dalam mimpi adik.

makin adik dewasa adik makin banyak pendam. mungkin dari Sana abah nampak adik ni periang, kuat bercakap, gelak dan mudah terhibur. semua orang pun nampak macam tu. (yang tahu psikologi, orang yang happening ni lah yang paling banyak pendam rasa.) abah, adik ada ramai orang disekeliling adik, adik ada kawan adik ada mak, kakak, abang dan adik dany. tapi abah, adik lemah sangat nak cerita sedih dan kecewa adik pada sesiapa. adik paling tak tahu nak luahkan kalau adik sedih, dan kecewa. dulu pernah la cerita pada kawan, tapi adik mula rasa malu. Takut kalau kawan tak selesa kalau adik luahkan pada diorang, jadi adik rasa biar adik pendam, kan? kita happy-happy je lah kan.. sedih simpan sendiri huhuhuu..

Walaupun abah dah ke dunia lain, adik rasa abah lah yang paling dekat denga adik, macam abah ada walaupun bukan dalam keadaan nyata. adik minta kekuatan dari Dia. adik doa supaya adik dapat kekuatan macam abah adik ni masa hidupnya. abah, doakan adik kuat walau apa pun dugaan yang datang dalam hidup adik. adik kesal sangat sebab adik tak jaga abah sebaik mungkin masa abah sakit dulu. kalaulah diberi peluang untuk undurkan masa, adik nak buat segalanya untuk abah. segala yang terbaik! abah.. abahlah lelaki paling terbaik, terhebat dan yang paling adik sayang dalam dunia ni. adik bertuah lahir sebagai anak abah. sayang abah.. NANTI TIBA MASANYA KITA JUMPA YA ABAH...banyak lagi pekara yang adik nak buat terutama nak balas jasa mak dan banggakan mak, doakan adik..

PASSENGERS in early 2k17
Hi. Selamat tahun baru (walaupun dah terlewat sehari) . Untuk tahun baru ni tak banyak pun azam aku, cukup lah dapat jadi yang lebih baik dari tahun sebelum ni.

Orang lain mesti rasa 2016 tahun paling banyak makna lah, paling best lah, paling sweet lah, paling macam-macam lah. Tapi bagi aku, sikit hambar lah. Tak apa la kan, lain orang lain pekara yang dilaluinya kan.
Apa pun terima kasih kepada Sang Pencipta yang masih beri peluang untuk berpijak dibumiNya ini, dan kepada sesiapa yang masih berada disisi aku juga.

Alright, pekara pertama yang aku buat sebaik memasuki tahun baru ni, tengok wayang. Haduiii, apa la kan.. Tapi orang yang bawa, and last minute plan. So ikut je lah. Aku, Kak Aja & suami dan Fizin. So berempat je lah.



Kami decided untuk tengok PASSENGERS MOVIE, lakonan Jennifer Lawrence & Chris Pratt. Tengok trailer je dah menarik. Sains Fiksyen Adventure, so memang aku minat lah! pasal sebuah kapal angkasa yang bawa penumpang untuk ke sebuah planet yang ambil masa selama 120 tahun.

Bayangkan lah 120 tahun beb! Ceritanya tu kisahkan sebuah kapal angkasa yang bawa 5000 penumpang dan perjalanan selama 120 tahun tu alami sedikit kerosakan. 5000 penumpang tu kesemuanya dihibernasikan dalan sebuah pod. Kiranya depa ditidurkan dan hanya akan bangun 4 bulan sebelum sampai ke planet yang sama seperti bumi untuk mulakan kehidupan baru di sana.

Setelah 30 tahun, kapal angkasa tu alami sedikit kerosakan, dan mulalah beberapa konflik. Sorang penumpang nama Jim (Chris Pratt) dibangunkan dari pod sebab pod dia alami kerosakan. Jim seorang mekanik. Kiranya dia dibangunkan lebih awal dari yang lain. Dia ingatkan normal lah, sekali baru dia perasan yang dia dibangunkan awal, menggelabah la dia. Mana taknya, lagi 90 tahun lagi akan sampai ke destinasi. Hampir setahun dia hidup sendirian. Dah la dia penunpang class biasa, so kemudahan dalam kapal tu terhad mujur ada Arthur (si android penjaga bar) dan Arthur lah satu-satunya kawan dia. Kemudahan tu akan diberikan hanya dengan menggunakan ID pada gelang tangan mereka.

Lepas setahun tu, dia pun terjatuh hati pada sorang journalist perempuan yang masih dalam pod hibernasi. Dia rasa nak sangat bangunkan perempuan tu, dan kemudian dia akur. Aurora (Jennifer Lawrence) pun bangun dari pod hibernasi dan dia pun fikir pod dia bermasalah padahal Jim yang bangunkan dia. Untungnya, Aurora ni penumpang Gold Class so macam-macam kemudahan dia dapat. Lama kelamaan depa pun bercinta lah. Hampir setahun Aurora pun dapat tahu dari Arthur tanpa sengaja yang Jim lah yang sengaja membangunkan dia so mengamuklah dia.

Satu hari, depa yang tengah gaduh ni dikejutkan dengan kebangkitan lagi sorang dari pod hibernasi, Capt. Gus; ketua krew kapal. Gus ni pun muncul dan dia mula fikirkan sesuatu yang tak kena pada kapal angkasa. Mereka bertiga pun cuba caritahu sampailah Gus jatuh sakit dan mati tapi masalah belum sempat selesai. Gus sempat beri ID dia untuk kegunaan Jim & Aurora dan Gus bagitahu kerosakan kapal adalah serius dan mungkin kapal akan rosak dan kesemua penumpang pun mungkin akan ada yang terjaga atau terus mati. Jadi nak taknak dua manusia tu bersama-sama cari punca masalah kapal dan mereka berjaya selesaikan.

Lepas tu Jim berjaya jumpa cara untuk dihibernasikan semula. Tapi hanya satu pod sahaja iaitu autodoc. Jim nak Aurora dihibernasikan semula supaya Aurora dapat ke destinasi sebenar.

Haaa... Apa sudahnya.. Of course la Aurora taknak tinggal Jim. Sah-sah la kalau dia bangun pun nanti Jim dah tak ada. Mana maunya Jim bertahan sampai 89 tahun lagi kan. Jadi mereka pun hiduplah berdua dalam kapal angkasa tu dan menikmati semua kemewahan yang tersedia. Ha Aurora tu kan penulis, jadi dia tulis seluruh kehidupan dia dengan Jim sepanjang kehidupan dalam kapal angkasa tersebut. Jadi lepas 80 tahun, penumpang pun bangun dan mereka tahulah kisah yang terjadi dalam kapal semasa mereka hibernasi.

Just imagine kalau Jim tu tak bangun dulu. Kerosakan kapal angkasa tu mungkin takkan sampai ke Planet baru. Dan hampir 4997 orang (tak termasuk dah Jim, Aurora and Gus) akan mati. Yang tiga orang tu memang matilah. Mereput atas kapal angkasa yang mewah. Hihiihi..

Itulah kesudahan ceritanya. Lepas keluar panggung kami pun mulalah bagi komen masing-masing dan apa komen pertama aku? "Untuk tahap 'kartun' memang best and power ahh" hehehe.. Tapi tu lah kelebihan omputeh, depa buat cerita yang tak masuk akal, tak salah dan masyarakat boleh terima. Tapi kalau orang melayu tak usah lah. Melayu pakar buat cerita cinta anak orang kaya dengan perempuan cantik yang jadi rebutan. Kahkahkah..!

Aku bagi ★★★½  untuk PASSENGERS ✔

P/s: tercabut jantung aku sepanjang Fizin yang bawa kereta LOL! 😂